HomeTerma & Syarat

Terma & Syarat

Laman web ini membenarkan komunikasi dan interaksi di antara Koperasi Usahawan Saujana Mega Selangor Berhad (“KUSMEGA”) dan anggotanya atau lain-lain pelanggan (“dimana akan dirujuk sebagai “Pelanggan”). Dengan mengakses Laman Web ini, Pelanggan dianggap memahami, mengaku, bersetuju dan terikat dengan Terma dan Syarat penggunaan Laman Web ini. Sekiranya Pelanggan tidak bersetuju dengan mana-mana Terma dan Syarat atau keseluruhan Terma dan Syarat ini, Pelanggan adalah dinasihatkan untuk berhenti serta merta menggunakan atau mengakses Laman Web ini. Maklumat, material, kandungan atau nasihat di dalam Laman Web ini adalah disediakan hanya untuk maklumat umum sahaja.

1. Umum
Tajuk yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini hanyalah untuk rujukan dan tidak boleh dipertimbangkan dalam tafsiran syarat-syarat ini.

2. Had Akauntabiliti dan Tanggungjawab KUSMEGA
KUSMEGA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian secara langsung atau tidak langsung, berkaitan atau khusus, berbangkit atau kerugian akan datang termasuk dan tidak terhad kepada kerosakan/ tuntutan/ kehilangan keuntungan, amanah, reputasi atau sebarang jenis kerugian disebabkan oleh:-

Penggunaan atau kegagalan penggunaan Laman Web/perkhidmatan;
Kos mendapatkan maklumat atau perkhidmatan atau mesej atau transaksi dimasukkan kepada/melalui atau daripada Laman Web;
Akses tanpa kebenaran atau perubahan pada transmisi atau data; penyataan atau perlakuan oleh pihak ketiga di dalam Laman Web ini, atau
Apa sahaja perkara yang berkaitan dengan Laman Web ini.

3. Perubahan kepada Terma dan Syarat
KUSMEGA mempunyai hak untuk mengubah, membatal atau menambah kepada Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan Laman Web atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana kami mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, KUSMEGA akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

4. Perubahan kepada Laman Web
KUSMEGA mempunyai hak untuk mengubah atau menghentikan perkhidmatan laman web (atau sebahagian daripadanya) sama ada secara sementara atau secara tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

5. Ketepatan Maklumat
KUSMEGA telah mengambil langkah yang munasabah dalam memastikan ketepatan maklumat, material dan kandungan yang disediakan secara langsung atau secara eksklusif oleh KUSMEGA.

6. Akses Lancar kepada Laman Web
KUSMEGA tidak menjamin bahawa akses kepada Laman Web (secara keseluruhan atau sebahagian), material, kandungan, informasi dan/atau fungsi di Laman Web ini boleh disediakan tanpa gangguan atau bebas daripada kesalahan atau/dan sebarang kesalahan akan dibetulkan, atau tiada kelewatan, kegagalan, kesilapan atau kehilangan maklumat yang dihantar, tiada virus atau sebarang penyebaran atau kerosakan hak milik akan disebarkan atau tiada kerosakan akan ditanggung oleh Pelanggan sistem komputer.

7. Hak Cipta dan Cap Dagangan
Sekiranya tidak dinyatakan, semua hak cipta, cap dagangan , paten, logo dan hak harta intelek KUSMEGA atau lain-lain dalam Laman Web ini (sekiranya ada) dan kandungannya hendaklah pada setiap masa kekal di KUSMEGA atau pemilik pihak ketiga yang berkaitan. Tidak ada bahagian Laman Web boleh diterbitkan, disalin, diubahsuai, diedarkan, diterbitkan, dilesenkan, dijual atau diubah tanpa kebenaran bertulis KUSMEGA. Penyisipan pautan ke Laman Web ini di laman web yang lain adalah dilarang kecuali dengan persetujuan bertulis terdahulu oleh KUSMEGA.

8. Pengasingan
Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.

9. Pautan
Pelanggan dinasihatkan bahawa KUSMEGA dari semasa ke semasa boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. KUSMEGA tidak akan bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan yang disediakan di laman dan sumber tersebut atau sebarang akibat kerana mengakses laman web tersebut. KUSMEGA tidak mengesahkan kandungan laman web tersebut.

10. Ketidakkonsistenan
Sekiranya berlaku konflik, percanggahan atau ketidakselarasan antara istilah yang digunakan dalam versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.